Warga Singapura ‘rompak’ subsidi RON95

JOHOR BAHRU – Pembukaan semula pintu sempadan Malaysia-Singapura bermula 1 April lalu nyata memberi sinar kepada rakyat kedua-dua negara untuk menikmati pelbagai kemudahan terutama bagi tujuan mencari rezeki dan melancong.

Bagaimanapun, kehadiran rakyat Singapura ke negara ini sedikit mencetuskan rasa tidak puas hati penduduk tempatan apabila ada segelintir daripada mereka dikesan membeli minyak petrol bersubsidi RON95.

Di media sosial, orang ramai turut berkongsi gambar yang menunjukkan tingkah laku warga Singapura sedang mengisi mi­nyak, termasuk ada yang memasang ‘jack’ semata-mata.

– Kosmo Online –


(Visited 187 times, 1 visits today)