WANITA PDRM MAKIN LASAK

 

Pasukan Gerakan Am atau singkatanya PGA kini turut dianggotai oleh kaum hawa. Persepsi bahawa Wanita PDRM hanya layak untuk bertugas sebagai enquiry officer atau (EO) sudah tidak relevan lagi pada era moden ini.

Mereka turut menjalani kursus asas PGA selama 14 minggu di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta Perak dan Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am, Tupah.



Objektif kursus :
– Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan dengan taktik dan teknik operasi PGA dalam aspek peperangan menentang insurgensi,peperangan konvensional,ketenteraman awam dan bantuan kepada lain-lain cawangan PDRM
– Memperolehi kemahiran asas dalam konteks pengendalian senjata, kawad taktikal asas, kemahiran kombat dan teknik peperangan.
– Berkebolehan dan berkemampuan memikul tanggungjawab sebagai pegawai / anggota infantri secara cekap dan berkesan dalam apa jua tugas dan senario yang dipertanggungjawabkan kepada PGA.
– Memupuk semangat bekerja secara kumpulan dan menanam sikap peka kepada tanggungjawab yang diamanahkan.
Kandungan Kursus :
– Modul latihan jasmani / latihan senjata / kemahiran medan / kemahiran kombat / teknik operasi / risikan / peperangan menentang insurgensi / peperangan konvesional / ketenteraman awam dan modul polisi umum.
kelayakan peserta kursus:
– semua pegawai / apr yang akan dan telah diserapkan dalam pga atau lain – lain cawangan di dalam Jabatan KDN/KA

Sumber – FB Kompeni Demo Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am

Berikut sejarah PGA untuk pengetahuan umum..

Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini berpergerakan tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran.


Sejarah Penubuhan

Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989.

Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu.

Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH).

Penyusunan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu.

Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Dalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamerkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sumber maklumat: Wikipedia
Sumber gambar: Google



Leave a Reply

Your email address will not be published.