WANITA INI DIKENAKAN CAJ RM94 OLEH PEMANDU TEKSI, PADAHAL TAMBANG GRAB HANYALAH RM13

Ramai pemandu teksi sejak kebelakangan ini tidak puas hati apabila ramai rakyat Malaysia lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing daripada teksi.
Antara punca kononnya golongan pemandu teksi tidak jujur dan tidak mengikuti undang-undang.
Seorang wanita dari Johor pernah menjadi mangsa keadaan ini dan jika anda dengar kisahnya, pasti anda pun marah.

Kejadian ini berlaku minggu lalu dan dia berkongsi pengalamannya dalam laman Facebook sebagai amaran kepada Netizen lain.
Dalam temuramah dengan China Press, wanita itu berkata, beliau baru pulang ke Malaysia dari Singapura ketika itu dan ingin melunaskan beberapa tugas di Permas Jaya, Johor Bahru.
Beliau sedang memikirkan cara untuk ke lokasi berkenaan apabila didekati oleh pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatannya. Memandangkan beliau sudah agak lewat ketika itu, beliau setuju.

Foto: ms Wikipedia

“Saya memberitahu kepadanya yang saya ingin ke Permas Jaya, dan (pemandu terbabit) berkata tambangnya adalah sebanyak RM45.

“Saya pun tanya jika bayaran boleh dibuat berdasarkan penggunaan meter. Dia membalas, tambangnya akan lebih kurang sama sahaja,” tulis wanita itu.
Dalam perjalanan, pemandu tadi kerap menyebut mengenai “station fee” (bayaran stesen) kerana beliau dapat merasakan yang beliau akan dikenakan bayaran tambahan.
Memang betul pun! Apabila wanita itu menyerahkan RM50, pemandu itu terus berkata dia perlu bayar RM49 lagi untuk “station fee” itu.
“Saya tak tahu kenapa saya akhirnya bayar juga; mungkin sebab saya gementar. Secara keseluruhannya saya telah membayar RM94,” wanita ini memberitahu wartawan akhbar.
Beliau memaklumkan kejdian itu kepada rakan dan keluarganya. Mereka bersetuju yang beliau sudah ditipu. RM94 untuk perjalanan sejauh 15 km? Tidak masuk akal langsung!
Wartawan yang menemu bual wanita terbabit juga merujuk kepada persatuan pemandu teksi dan dimaklumkan kadar bayaran itu memang terlalu tinggi.
Jurucakap persatuan itu juga mendedahkan yang tambang untuk satu perjalanan sejauh itu sepatutnya tidak lebih daripada RM30.
Selain itu, wartawan terbabit turut membuat penyelidikan mengenai tambang yang perlu dibayar oleh wanita itu jika beliau menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab. RM13 sahaja!

Foto: China Press

Kejadian sebeginilah yang membuatkan orang ramai mulai hilang kepercayaan terhadap pemandu teksi di Malaysia.
Ternyata bukan semua pemandu mempunyai prinsip yang sama. Tetapi harga tambang mengikut meter lebih tinggi daripada caj yang dikenakan oleh perkhidmatan e-hailing agak keterlaluan.
Sesuatu perlu dilakukan supaya ada persaingan yang sihat dan perkhidmatan teksi kekal relevan.
Nasihat penulis kepada pembaca adalah untuk sentiasa periksa dulu sama ada pemandu teksi menggunakan meter atau tidak. Kalau tidak, jangan naik!
Sumber: World Of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published.