*1. Pada pandangan Sir Ragu, wajarkah seorang Perdana Menteri mencampuri urusan mahkamah?*
Jawapan: Tidak wajar dan Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan mahkamah.
*2. Pada pandangan Sir Ragu, apa impak serta pandangan dari negara luar sekiranya seorang Perdana Menteri sesebuah negara mencampuri urusan legislatif/mahkamah?*
Jawapan : Bidangkuasa dan kuasa Perdana Menteri terbatas dan adalah hanya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
*3. Kenapa seorang Perdana Menteri tidak boleh/boleh mencampuri urusan mahkamah?*
Jawapan : Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa terdapat pembahagian kekuasaan diantara badan kehakiman parlimen dan eksekutif.
*4. Boleh bagi pandangan peribadi Sir Ragu apa agaknya persepsi rakyat sekiranya seorang Perdana Menteri mencampuri urusan mahkamah?*
Jawapan : Doctrine of separation of powers ini jelas menyatakan bahawa eksekutif termasuk Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mencampuri bidang kuasa mahkamah.
*5. Jika seseorang Perdana Menteri itu tidak mencampuri urusan mahkamah, adakah rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada beliau?*
Jawapan : Sekiranya Perdana Menteri ‘even’ mencuba sebarang campur tangan, ia nya akan mencetuskan krisis perlembagaan yang sudah tentu menjejaskan keharmonian negara.
*6. Jika seorang Perdana Menteri itu mencampuri urusan mahkamah, adakah rakyat akan terus mempercayai parti dan kerajaan dari Perdana Menteri itu?*
Jawapan : YDPA dan juga Majlis Raja-Raja juga memainkan peranan amat penting untuk memastikan bahawa institusi-institusi negara dapat berjalan dan berfungsi dengan lancar tanpa sebarang pergolakan atau campur tangan yang tidak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
*7. Adakah ia akan memberi persepsi buruk kepada parti sekiranya parti menggunakan sosok seorang Perdana Menteri mencampuri urusan mahkamah?*
Jawapan : Sudah tentu sebarang petunjuk atau pun persepsi campur tangan akan di kecam dan di kutuk oleh rakyat dan boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.
*Ragunath Kesavan*
Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia