WAJARKAH SEORANG PERDANA MENTERI CAMPURI URUSAN MAHKAMAH – 2

1. *Pada pandangan Dato’ Sri Dr. Jahaberdeen, wajarkah seorang Perdana Menteri mencampuri urusan mahkamah?*

Jawapan: Seorang Perdana Menteri tidak wajar langsung mencampuri urusan mahkamah atas dua sebab utama iaitu wajib jaga kebebasan kehakiman dan kekalkan pemisahan kuasa-kuasa dalam sistem demokrasi.

2. *Pada pandangan Dato’ Sri Dr. Jahaberdeen, apa impak serta pandangan dari negara luar sekiranya seorang Perdana Menteri sesebuah negara mencampuri urusan legislatif/mahkamah?*

Jawapan: Ini punyai kesan yang serius kerana bukan sahaja akan merosot kepercayaan kepada sistem keadilan negara tetapi juga akan memberi kesan negatif kepada perdagangan antarabangsa dimana negara luar tidak akan berani memasuki perjanjian perniagaan dengan Malaysia.

3. *Kenapa seorang Perdana Menteri tidak boleh/boleh mencampuri urusan mahkamah?*

Jawapan: Pendek kata, bukan sahaja Perdana Menteri, kalau mana-mana badan lain atau orang-orang politik campur tangan dalam urusan mahkamah, rakyat akan gusar bahawa keadilan tidak mudah diperolehi dalam negara atau mereka boleh dibuli oleh pihak yang lebih berkuasa.

*Dato’ Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos*
Peguambela dan Peguamcara

(Visited 143 times, 1 visits today)