Video Tik Tok Abang Polis Viral, ramai netizen nak tengok wajah mereka

Susulan Viral satu Video yang menunjukkan sifat mulia dua orang anggota Polis di Kota Kinabalu semalam, hari ini para Netizen tertanya-tanya dan teringin untuk mengenali siapakah mereka.


Ada juga yang seakan-akan tidak percaya ada insan yang menyarung seragam PDRM mempunyai sifat terpuji.

“First time tngk anggota polis berhati mulia … Semoga dimurahkan rezeki bang” kata Ameer Hakkem di ruang comment Facebook Friends Of PDRM

 

Ada pula yang mempertikai sikap orang awam yang turut suka mengecam hingga satu keturunan jika mereka buat kesilapan.

 

“Kalau sorg buad baik mmg puji owg tu ja.. tapi kalau sowg buad jahat satu keturunan satu pasukan kena kecam.. apa2 pun trbaik abam polis ni moga murah rzeki slalu.. teringin nk jadi polis” – Kata Mohamad Zulhelmi

Tidak kurang juga, netizen yang mahu mengenali siapa sebenarnya dua anggota polis prihatin yang viral sejak semalam.

“Video tak berapa clear lah, teringin nak tengok muka abam abam Polis tu, mana tahu lepas ni kalau jumpa boleh tegur-tegur” Kata Nordyana

Dengan bantuan sahabat-sahabat di Kota Kinabalu, akhirnya penulis dapat sedikit info tentang mereka berdua.

Kedua-dua anggota Polis berpangkat Koperal itu bertugas di Balai Polis Kota Kinabalu, Seorang bernama Kpl Amir Akmal yang berasal daripada Kampung Manjoi Ipoh Perak, dan seorang lagi Kpl Abas Bin Ibrahim berasal dari Kampung Menumbok Kuala Penyu Sabah.

Kebaikan yang ditunjukkan turut mendapat perhatian daripada Admin Facebook Friends Of PDRM yang menyatakan mahu menghadiahkan Jersey keluaran mereka sebagai hadiah kepada Kpl Amir Akmal dan Kpl Abas.

Siapa kenal beliau mohon hubungi Admin, PM di Pages atau DM di IG.. Admin nak hadiahkan Jersey Friends Of PDRM – Katanya di Posting Facebook


Sudah menjadi lumrah kehidupan, segala kebaikan yang dilakukan, inshaAllah akan dibalas dengan kebaikan jua.

Firman Allah bermaksud: “… Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan)…” (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Apa yang ditunjukkan oleh mereka berdua sebenarnya adalah sifat semulajadi sebagai seorang manusia prihatin disebalik seragam Polis yang kebiasaannya digambarkan sebagai seorang tegas dan garang.

Semoga Kpl Amir dan Kpl Abas jadi contoh kepada yang lain untuk terus buat kebaikan, didoakan agar kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah jua.

– Editor Isu Viral dot Net –


(Visited 720 times, 1 visits today)