Video Tik Tok Abang Polis Viral, ini kisah disebaliknya..


Viral di media sosial aksi dua orang anggota Polis Peronda (URB) bersama seorang remaja lelaki yang dikatakan berlaku di Kota Kinabalu Sabah.

Video yang berdurasi lebih kurang 45 saat itu asalnya di muat naik oleh orang awam (@babydell95) di platform media sosial TikTok miliknya.


Selepas 20jam, video berkenaan telah mendapat sebanyak 2.1 juta kali tontonan di Tik Tok.

Kemudian video berkenaan dimuat naik pula di laman Facebook Friends Of PDRM sekitar 14 jam yang lepas dan mendapat 7600 likes, 1100 share, ditonton sebanyak 132000 kali.

Pada awal video kelihatan seperti anggota Polis berkenaan memarahi remaja terbabit, tetapi di pertengahan video kelihatan anggota berkenaan mengeluarkan duit daripada bag miliknya dan diberi kepada remaja berekanaan.

Sifat mulia berkenaan mendapat reaksi ribuan netizen yang menonton, boleh dikatakan semuanya memberikan puji pujian dan menyifatkan tindakan itu wajar menjadi contoh kepada semua orang.

Inilah sisi mulia seorang anggota polis yg jarang org nampak … Kebanyakkan org suka melihat dan memperkatakan sisi gelap seorang anggota polis shj …

Ini adalah realiti kehidupan .. Good job Malaysian Police – Kata Pemilik Facebook Behind Scene.

Abam polis ada yg baik..yg berbuat baik tu teruskan..semoga anda dihormati dsygi…disebalik ketegasan ada kasih syg dan prihatin..terbaek pdrm – Komen Abdul Razak

Kena dengan slogannya polis dan masyarakat berpisah tiada terbaik bro moga sentiasa murah rezeki dan kesihatan seadanya.. – Kata Syed Rosdi Al-yahya

Hasil semakan penulis, akhirnya dapat mencari apa kisah disebalik video viral berkenaan.


Kejadian berlaku semalam ketika dua orang Anggota Polis berkenaan buat rondaan, dan katanya remaja berkenaan memang biasa kelihatan di sekitar kawasan bandar Kota Kinabalu.

Menurut cerita, remaja berkenaan lari dari rumah untuk mencari pekerjaan bagi membantu keluarga, tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.

Namun selepas keluarga itu berbincang, remaja berkenaan dibenarkan  tinggal di Bandar KK bagi mencari rezeki dengan membeli keropok daripada kedai dan dijual semula kepada orang ramai.

Kerajinan dan sikap tanggungjawab remaja itu turut mendapat pujian dua anggota Polis di dalam video.

Mereka menasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan dan sentiasa patuh pada SOP bagi cegah dijangkiti virus yang menular hari ini.

Ramai tertanya-tanya, siapa sebenarnya dua orang anggota Polis berhati mulia itu? Bersambung..

– Editor Isu Viral dot Net –

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>


(Visited 370 times, 1 visits today)