Video Mukhriz tak salam Sultan Johor Viral!

Kuala Lumpur, 24 Mei: Satu video yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalam dengan kerabat diraja Johor tular di media sosial.

Video tersebut dikatakan dirakam semasa upacara penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang semalam yang turut dihadiri sultan-sultan Melayu, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara.

Dalam video tular itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah dilihat cuma merafak sembah tetapi tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Video yang dinaikkan oleh laman facebook Gerakan Muafakat itu setakat ini mendapat 46k paparan dan 870 perkongsian.

Sementara itu, di media sosial, tindakan Mukhriz itu dibidas netizen.

Noem Hj Abdullah Sebagai anak jati kedah…Aku cukup malu dgn kekurangan adab MB aku…

Amir Kamal Afif Dalam bab ni aku sokong TMJ. Matang la sikit mukriz oi.. Rakyat memerhati.. Ingat.!!!! kalau tun tak ada je, kau tu orang tak pandang

Mohd Yaakub Bukan musuh pon. Hanya perbezaan pendapat. Setiap org muslim bersaudara. Sedih betul org dpt mb bodoh mcmni.



Ahmad N. Hakimi Unprofessional leader.Patut dia kena belajar dri Tun M.Gaduh mcm mana pn,musuh seteruk mana pn ttp profsnl bila berjumpa.Ttp menghormati & beradab,lebih2 lagi di majlis yg ada kematian mcm ni.Dari sini tgk Sultan Johor lebih ajar adab & sopan pada anak2 beliau.

Mohd Faizul Azriq Kalau tak nak hormat title dia at least hormat la pada yang lebih berusia.

Amran Amin Hussain Sebagai org Pulau Pinang..aku malu dgn perbuatan MB kedah terhadap Sultan Johor itu.berbudi bahasa budaya kita.adab kat mana?

Hubungan ayah Mukhriz, Tun Dr Mahathir dengan istana Johor sebelum ini agak tegang berikutan isu menteri besar dan Statut Rom yang kemudian menyebabkan Malaysia menarik diri.

Sumber -Buletin TTKM-

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>