Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Video Mukhriz Tak Salam Sultan Johor adalah Edit dan Fitnah – Kata Penyokong Tun M

VIRAL! Satu Video yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalam dengan kerabat diraja Johor jadi perbualan hangat di media sosial.

Menurut laporan Portal -Buletin TTKM- Video tersebut dikatakan dirakam semasa upacara penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang semalam yang turut dihadiri sultan-sultan Melayu, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara.

Dalam video tular itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah dilihat cuma merafak sembah tetapi tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Video yang dinaikkan oleh laman facebook Gerakan Muafakat itu setakat ini mendapat 46k paparan dan 870 perkongsian.

Sementara itu, di media sosial, tindakan Mukhriz itu dibidas netizen. [Berita Penuh SINI]

Namun dakwaan yang Viral ini cuba dinafikan oleh salah sebuah laman Facebook Pro Pakatan Harapan Kami Sayang Tun Mahathir[click]

Berdasarkan posting Facebook Kami Sayang Tun Mahathir adminnya menegaskan Video itu adalah edit.

Admin Facebook itu turut mempersoalkan tindakan mereka yang menyebar Video berkenaan bertujuan untuk Fitnah keluarga Ayahanda Tun M.

Dalam posting yang sama admin itu turut memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan terhadap pihak yang menyebar fitnah.



“Video dah edit. Kenapa nak FITNAH Keluarga Ayahanda Tun ??
Mohon #PDRM ambil tindakan !” Kata Admin Facebook Kami Sokong PDRM

Posting itu mengundang respon pelbagai dan kecaman daripada Netizen

“Baru rakyat johor Ada akal sokong PPBM lagi kahkahkah” – Kata Piey Piey

“Mukhriz tak profesional. Sebagai seorang pemimpin dia mesti menunjukkan sikap yang menjadi teladan kepada rakyat. Meskipun TMJ bercakar mulut dengan Tun Mahathir, tetapi dia sebagai pemimpin kerajaan kedah mesti tunjuk hormat dan akhlak pemimpin. Hilang respect pada Mukhriz.” – Kata Hafiz Norkhan

“Aku org Johor, klu MB Johor buat kat sultan negeri lain mcm ni pun aku maki jugak..ko ni buat diri ko dihina” – Kata Zul Selamat

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>


(Visited 451 times, 1 visits today)