Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Video ‘intim’ – saya tidak tahu tahu apa pun, kata PM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mengetahui mengenai penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim’ yang didakwa mirip seorang menteri kabinetnya yang tersebar hari ini.

“Saya tidak tahu tau apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.

“Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya.



Dr Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Turut disebarkan adalah beberapa video menunjukkan individu berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Sumber – Malaysia Kini



(Visited 77 times, 1 visits today)