[VIDEO] Cubaan culik di masjid?

SELAYANG – Satu rakaman tular di laman sosial Facebook apabila seorang
lelaki dilihat cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan dalam masjid.

Rakaman CCTV berdurasi 37 saat itu menunjukkan kanak-kanak perempuan itu
berada berhampiran sinki dan bergerak mahu masuk ke ruang solat sebelum
ditarik seorang lelaki.

Lelaki berkenaan dilihat menarik dan menutup mulut kanak-kanak
dipercayai lingkungan 7 tahun.


Bagaimanapun, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu yang
melihat kejadian terus menarik mangsa.

Suspek bagaimanapun tidak terus lari dari lokasi sebaliknya berdiri di
tempat kejadian memperkatakan sesuatu kepada ibu mangsa.

Terdahulu, suspek yang berstoking dan memakai selipar melalui ruang
pejalan kaki itu sambil melihat keadaan sekeliling sebelum berpatah
balik ke arah kanak-kanak tersebut untuk menarik mangsa

Rakaman yang belum dapat dikenalpasti lokasinya itu menarik perhatian
netizen yang terkejut dengan situasi tersebut apabila kawasan masjid
turut menjadi sasaran melakukan jenayah.


“Bahaya la sekarang, dekat masjid pun ada orang nak culik,” tulis Marwan
Wan Sejuk.

“Ni kalau dapat, kena pijak sampai separuh nyawa aku buat,” tulis Mohd
Shafiq Reza

Ada juga dalam kalangan netizen menasihat pasangan dan ahli keluarga
lain untuk memantau dan lebih berhati-hati ketika membawa anak-anak ke
masjid.

“Hati-hati bawa anak ke masjid,” pesan Nahdatulsima Halim kepada pasangan.

– SINAR HARIAN –

Leave a Reply

Your email address will not be published.