Uncle Kentang umum bertanding PRK Semenyih

PUCHONG – Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP), Kuan
Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengumumkan
bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dun Semenyih.

Menurutnya, keputusan itu diambil bukan mencari kemenangan semata-mata
namun untuk demi anak-anak Semenyih dan akan membuat beberapa inisiatif
di Semenyih sama seperti dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini
sekiranya dipilih pengundi.


“Saya lihat anak-anak Semenyih perlukan perkhidmatan asas seperti Teksi
10 sen, van jenazah dan ambulans memandangkan kawasan itu terletak agak
jauh dari Hospital Kajang.

“Ketika ini Semenyih tidak ada bas yang terus dari kawasan kampung ke
hospital. Saya rasa kita perlu bantu penduduk Semenyih,” katanya ketika
ditemui pada sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya di sini, hari ini.

Chee Heng berkata, aku janji di PRK Semenyih akan dibuatnya secara
bersumpah sebagai tanda kerjasamanya sebagai calon bebas dan akan
menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.

“Tapi, saya tetap akan bantu jika kalah. Cuma, saya sedih kerana
kebanyakan calon yang sebelum ini berjanji macam-macam tapi
menghilangkan diri selepas PRU dan tidak mengendahkan pengundi.

“Ini tunjukkan sikap yang palsu kerana hanya akan bertugas sekiranya
diberi kemenangan. Saya saran bakal calon tunai janji dan bukan hanya
berjanji kosong serta panas,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, manifesto tidak akan diberikannya ketika
berkempen kerana ia hanya satu janji yang tidak boleh dikuatkuasakan
pengundi di mahkamah.

“Saya berjanji tugas saya adalah untuk mencari akhirat dan bukan
kemenangan di Dun Semenyih semata-mata,” katanya

– SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.