Kecoh! Apabila kenyataan yang agak ekstrem keluar daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.
Pada asalnya MalaysiaKini melapurkan Guan Eng menyebut “Kerjasama UMNO dan PAS adalah isytihar perang terhadap bukan Melayu”, tetapi perkataan ‘Perang’ diubah tak lama kemudian kepada “Kerjasama UMNO dan PAS akan sasaran kepada bukan Melayu”
Tindakan u-turn ini dipercayai akibat daripada kecaman reaksi marah daripada pelbagai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin politik daripada UMNO, PAS, orang-orang Melayu dan tidak kurang hebat juga kecaman netizen di media sosial.
“Kalau masih ada yg mengundi PH ibarat memberi PH/DAPIG racun untuk membunuh bangsa melayu sendiri.. serta masa depan anak cucu kita.. kami PAS/BN xkan berdiam diri bila bangsa melayu ditindas kaum munafik dan kaum kafir.. bangkit melayu pertahankan hak Kita” Respon Netizen di ruang comment Facebook
“Kenyataan Guan Eng ini langsung tidak boleh diterima dan beliau harus dipertanggungjawabkan di atas hasutan yang menjurus kepada kebencian antara kaum serta menjejaskan keharmonian negara” kata Presiden MCA Wee Ka Siong
“Kita semua maklum bahawa Menteri Kewayangan kita sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal. Tetapi kenyataan ini adalah antara yang paling tidak bijak pernah dikeluarkan oleh dia.” respon Bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak
“Dua parti Islam Melayu jalin kerjasama sesama pembangkang, kenapa DAP pula yang panas? Pada saya kenyataan Lim Guan Eng ini seolah olah menghasut rakyat bukan Melayu untuk bencikan perpaduan” – kata Ketua Puteri UMNO Malaysia Zahida Zarik Khan kepada Sinar Harian
Namun dalam tindakan ‘uturn’ yang dibuat oleh Menteri Kewangan itu, tiada sepatah pun perkataan maaf yang keluar bagi menjernihkan semula keadaan. Hanya berubah kenyataan di media seperti dilapor oleh Utusan Malaysia ‘Perang’: Guan Eng buat pembetulan, rakyat tetap bersatu mengecam
Selepas kekalahan di Pilihanraya Kecil Cameron Highlands dan Semenyih, nampaknya para pemimpin Pakatan Harapan masih sombong dan tidak mememahami isyarat rakyat menolak politik perkauman dan Cauvanis di bawa DAP..