KUALA LUMPUR: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini, dipercayai berkaitan isu politik semasa.
Yang turut dilapor akan berbuat demikian adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat pada jam 11.45 pagi.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri atau Istana Negara berkaitan perkara berkenaan.
– BERITA HARIAN –
(Visited 96 times, 1 visits today)