Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Tugas saya jelas untuk banteras rasuah – Latheefa

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berpendirian sesiapa pun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing berhubung pelantikan beliau ke jawatan itu.

Beliau menegaskan perkara itu tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepadanya kerana misi dan tanggungjawabbya cukup jelas iaitu membanteras rasuah di mana-mana saja.

“Pagi ini, saya memulakan tugas hari pertama saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan sejak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Aidilfitri.



“Siapa pun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa. Tugas saya jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana saja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan sokongan, dokongan rakyat dan pegawainya di SPRM, pasukan itu akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.

“Saya juga akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk juga pendidikan, bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah.

“Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya.

– BERITA HARIAN –



(Visited 41 times, 1 visits today)