Kecoh! Media sosial dan WhatsApp apabila tersebar printscreen kenyataan Lim Guan Eng yang dilapor MalaysiaKini menyebut ‘Lim calls Umno-PAS union a declaration of ‘war’ on non-Malays’
Kenyataan tersebut dipercayai respon beliau kepada situasi politik terkini yang mana UMNO dan PAS makin hampir bersatu dan menjalinkan kerjasama politik.
Hubungan UMNO PAS makin baik apabila dua parti terbesar orang Islam Melayu ini berjaya mencapai kesefahaman apabila BN menang di dua Pilihanraya Kecil di Cameron Highlands dan Semenyih.
Zahida Zarik Khan persoalkan apakah motif Lim Guan Eng berkata begitu sedangkan tiada sepatah pun kenyataan yang dibuat oleh kedua dua pemimpin Parti mahu memerangi rakyat bukan Melayu.
Dua parti Islam Melayu jalin kerjasama sesama pembangkang, kenapa DAP pula yang panas? Soal Zahida.
“Pada saya kenyataan Lim Guan Eng ini seolah olah menghasut rakyat bukan Melayu untuk bencikan perpaduan.
Adakah DAP dalam ketakutan apabila dua parti ini jalin kerjasama? Kenapa Lim Guan Eng melatah?” Soal Zahida lagi.
– Isu Viral Dot Net –