Satu dua hari ini menjadi kontrovesi apabila ada anggota Polis didakwa menghubungi orang awam melalui WhatsApp selepas dapat maklumat mereka melalui sekatan jalanraya.
Ada pihak berpendapat, tindakan itu adalah perkara normal bagi seorang lelaki yang tertarik dan hanya mahu berkenalan dengan wanita yang mereka jumpa.
Namun, menggunakan maklumat orang awam untuk kepentingan sendiri selain dari urusan tugas sebagai anggota penguatkuasa tetaplah salah dari segi etika.
Tempoh hari satu lagi dakwaan menjadi viral, apabila seorang gadis membuat Tweet screenshot perbualan WhatsApp kononnya dia dihubungi oleh seorang anggota Polis.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang berharap agar anggota polis berkenaan dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana menyalahgunakan maklumat peribadi seseorang.
Tidak lama kemudian tweet gadis itu mendapat perhatian dan balas daripada Akaun Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia yang meminta maklumat lebih lanjut berkenaan dakwaan dibuat.
“Salam hormat saudari. Kami mengambil maklum isu tular ini. Pohon saudari nyatakan hari, waktu dan lokasi tepat sekatan jalan raya yang dimaksudkan bagi tujuan semakan lanjut kami. Terima kasih” Oleh @PDRMsia
Selepas balasan pada Tweet PDRM seperti secreenshot di atas, hasil semakan tweet dakwaan dan akaun twitter gadis itu sudah dipadamkan.
Difahamkan ia adalah kesan daripada viral yang menyebabkan gadis itu mendapat pelbagai respon positif mahu pun negatif daripada netizen yang ragu-ragu dengan dakwaan dibuat.
– Editor Isu Viral Dot Net –