Tommy Thomas letak jawatan kerana perubahan pemerintahan politik

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada 28 Februari lalu, susulan perubahan ‘pemerintahan politik’ di negara ini.

Bercakap kepada portal berita FMT, beliau mengakui kontrak perkhidmatannya sepatut berakhir Jun depan, namun mengambil keputusan mengundurkan diri selaras status jawatannya yang dibuat secara lantikan politik.

“Jawatan sebagai AG (Peguam Negara) adalah menerusi lantikan politik yang dilakukan oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad.



“Apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan, saya juga tertakluk untuk berbuat demikian kerana dilantik oleh beliau, malah ia penting untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri yang baharu memilih calon baharu bagi menyandang tugas Peguam Negara,” katanya, hari ini.

Thomas yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun, dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Dr Mahathir pada 28 Februari lalu.

– Berita Harian –



(Visited 34 times, 1 visits today)