Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Tok Mat angkat sumpah sebagai ADUN

SEREMBAN 22 April – Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April lalu.

Timbalan Presiden UMNO itu mengangkat sumpah sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, hari ini.



Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah berkenaan berangkat merasmikan istiadat tersebut.

Mohamad mempertahankan kerusi yang disandangnya selama tiga penggal itu menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dan dua calon Bebas R. Malar Vizhi dan Mohd. Nor Yasin 79 undi.

Mohamad yang mewakili Barisan Nasional (BN) adalah dalam kalangan 16 ADUN BN dalam DUN itu manakala PH diwakili oleh 20 ADUN. – UTUSAN ONLINE



(Visited 57 times, 1 visits today)