Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

“TMJ DIA BUKAN ORANG BESAR, DIA ORANG KECIL” – TUN M [VIDEO]

Itu antara respon YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada wartawan seperti rakaman Audio yang di siar di Facebook Sinar Harian hari ini.

Rakaman Audio oleh Sinar Harian itu telah mula Viral dan mendapat sebanyak 14,000 tontonan dalam masa 2 jam.

Kenyataan-kenyataan Tun M itu dipercayai sebagai respon kepada wartawan yang minta beliau mengulas tentang Video Viral kenyataan TMJ menyebut “Daripada Tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri” kepada penyokong JDT selepas perlawanan Bola Sepak tempoh hari.

Transkrip rakaman Audio berkenaan..



“Dulu kita ingat, pada satu masa dulu,ada TMJ,yang telah ditukar,dulu lah..
Bagi kepada adik dia,TMJ itu, jadi TMJ boleh tukar..

Perdana Menteri cuma rakyat sahaja boleh tukar, bukan mana mana..
Jangan ingat kata dia orang besar, dia bukan orang besar, dia orang kecil..

Kalau dia nak boleh undi, undi lah. Bagi saya jatuh”

Pergeseran dua pihak ini membuatkan rasa tidak selesa kepada rakyat, khasnya rakyat Johor kerana ia sudah pastinya tidak akan menguntungkan sesiapa dan hanya akan menguntungkan musuh yang mahu melihat hubungan kerajaan dan istana menjadi tegang.

Kenyataan Perdana Menteri itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada Netizen di ruang comment Facebook Sinar Harian.

“TMJ just gurau2 dgn penyokong JDT pun PH dah koyak rabak. Mmg PH kerajaan sepenggal.” – Kata Nor Muhamad Roslam Harun

“Berlagak atok ni…hampeh menang pun sbb tipu rakyat…kalau ada teloo,bubar parlimen..baru tahu jatuh x jatuh” – Kata Mohamad Anas



Ada juga Netizen yang mendoakan agar Allah perliharakanlah Tun Dr Mahathir dan mempertahankan kenyataan beliau.

“Allah peliharakanlah Tun Dr Mahathir..lanjutkan usianya..Pemimpin disayangi rakyat, dihormati seluruh dunia..” – Kata Radzlan Hamzah

“Atuk ni smangat hang jebat….asal dia rsa btul sultan pun die langgar…..melambak mlayu yg sokong tun dlm diam sbnrnya….” – Kata Karim Ismail

Selain Facebook Sinar Harian, Video berkenaan turut dimuat naik oleh laman Facebook Kami Sayang Tun Mahathir.

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>

 



(Visited 93 times, 1 visits today)