Tipu diculik sebab `stress’ belajar

DAKWAAN pelajar tingkatan satu bahawa dia diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih adalah rekaan semata-mata selepas remaja itu mengaku berdepan tekanan perasaan termasuk tidak dibenarkan untuk bermain sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pelajar lelaki serta bapanya tampil malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang bagi menarik semula kenyataan dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, pelajar itu juga mengaku tindakan menipu itu dilakukan berikutan dia mengalami tekanan akibat dipaksa menumpukan pelajaran oleh keluarga.

“Walaupun tindakan pelajar itu mencetuskan rasa bimbang dikalangan penduduk sekitar Ampang namun polis tidak akan mengambil tindakan susulan kerana memikirkan tekanan dihadapi remaja itu,” katanya di sini.

Sebelum ini pelajar terbabit mendakwa diculik pada 12 tengahari Jumaat lalu, ketika dia sedang menunggu bas di perhentian bas Taman Pandan Indah di sini.

`Mangsa’ mendakwa cuba diculik tiga lelaki menaiki van putih sebelum berjaya melarikan diri selepas menggigit tangan suspek.

Sumber – H Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.