Polis tunggu depan sekolah, ramai luah rasa lega -“Mujurlah, selamat sikit”

Sebelum ini, ramai masyarakat terutamanya ibu bapa meluahkan rasa kebimbangan mereka memandangkan kes penculikan kanak-kanak semakin berleluasa terutamnya di kawasan sekolah.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @AnnaSofea89 di laman TikToknya, kelihatan sebuah kereta polis sedang membuat kawalan di hadapan sebuah sekolah berjaya meraih perhatian netizen.

Dalam video tersebut, sebuah kereta Honda polis sedang menunggu di hadapan Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu, Tumpat, Kelantan bagi memastikan keselamatan murid-murid di sekolah tersebut.



Alhamdulilah syukur

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kes yang tidak diingini berlaku.

Setiap sekolah kena pantau macam ini

Bukan itu sahaja, majoriti netizen turut melontarkan pendapat agar pihak polis membuat rondaan dan kawalan sebegitu di semua kawasan sekolah di setiap negeri memandangkan kes penculikan dalam kalangan murid sekolah semakin berleluasa.

BARANG SAMPAI BARU BAYAR! TEKAN GAMBAR!

Terdahulu, sebuah sekolah di Kelantan telah mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa untuk berwaspada dan berjaga-jaga berikutan kes culik dalam kalangan murid-murid sekolah kini menjadi-jadi.

Ekoran itu, ibu bapa telah meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap anak-anak ketika berada di luar penjagaan seperti di sekolah.

Sumber: TikTok @AnnaSofea89


(Visited 1,476 times, 1 visits today)