TIADA KOMPROMI! LAPAN POLIS MAIN JUDI 21 DICEKUP

PETALING JAYA – Lapan anggota polis yang leka berjudi di sebuah gerai dicekup dalam serbuan di kawasan letak kereta di Jalan PJS 8/15, Bandar Sunway di sini petang tadi.

Operasi pada pukul 2 petang oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu turut menahan dua orang awam.

Menurut sumber, ketika serbuan, kesemua individu itu sedang bermain judi 21 di sebuah warung.

“Kesemua yang ditahan itu terdiri daripada anggota pelbagai pangkat daripada konstabel hingga Lans Koperal.

“Kebanyakan daripada mereka merupakan anggota unit kereta peronda,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.