Kecoh! Semalam apabila tersebar beberapa clips video yang menunjukkan hubungan intim sejenis antara seorang lelaki bersama seorang yang mirip Menteri Kerajaan Pakatan Harapan.
Video clips yang terbahagi kepada 3 bahagian itu mula tular di WhatsApp sejak pagi semalam dan menjadi perbualan hangat netizen hingga mengundang pelbagai reaksi rakyat.
Menurut laporan Malaysia Kini, Perdana Menteri menyatakan tidak tahu apa pun, dan minta pihak wartawan memberi taklimat kepada beliau tentang tuduhan terhadap Menteri berkenaan.
“Saya tidak tahu tau apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.
“Kalau you (awak) boleh bagi briefing (taklimat), baguslah juga,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN >> Video ‘intim’ – saya tidak tahu tahu apa pun, kata PM
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Berikut adalah Video pengakuan Haziq Aziz yang dimuat naik di laman Facebook beliau lebih kurang jam 2:30am hari ini.
“Saya Haziq Aziz, dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah, bahawa sayalah individu bersama Azmin Ali dalam video yang telah viral semalam”
“Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya,pada 11 Mei ketika PRK Sandakan” kata Haziq dalam video pengakuan berdurasi 35 saat
Dalam video yang sama, Haziq turut menggesa SPRM untuk menyiasat Azmin atas tuduhan ‘korupsi’
“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin” tambah Haziq
TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>