TENGKING POLIS KUATKUASA PKP, ADAKAH SUDAH HILANG RASA HORMAT? [Video]

Disaat Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sudah masuk ke Fasa ke dua bermula 1 April hingga 14 April 2020, nampak masih ada lagi segilintir orang awam yang tidak faham atau tidak patuh pada arahan pihak berkuasa.

Perkara ini amat mengecewakan apabila majoriti rakyat Malaysia yang sudah patuh pada arahan mengharapkan PKP Fasa ke dua ini menjadi lebih pendek agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.



Hari ini 3 April 2020 Viral sebuah Video menunjukkan seorang awam meninggikan suara terhadap anggota Polis yang sedang bertugas dalam sekatan jalanraya.

Video yang berdurasi 18 saat itu menjadi Viral di media sosial selepas dimuat naik oleh Facebook Pages Cerita Rakyat TV dengan caption “Bila cakap elok elok kau tinggi suara. Kenapa tak respect?”

Dalam tempoh satu jam sahaja video berkenaan mendapat lebih 1300 like, lebih 1500 komen,lebih 1400 share dan mendapat lebih 90,000 tontonan.



Boleh dikatakan hampir semua komen-komen mengecam tindakan orang awam berkenaan yang disifatkan sebagai biadap dan tidak tahu menghargai pengorbanan PDRM yang bertugas.

“Hormat la polis,kau ingat dia nk berurusan dgn kau sorang saje ke?ramai lagi orang yg dia nk kena jaga..kadang sampai x sempat bgi masa kt kluarga bila bertugas waktu2 mcm ni, kalau dapat pelempang jangan tanya la kenapa klu prangai kurang ajar mcm ni” – Kata Aliff MrSeven

“Janganlah tambahkan. Lagi stress anggota polis please.. Mereka ni dh xlarat nak. Hadap perangai satu2 rakyat yg degil bila diarahkan stay at home” – Kata Izzah Mohammed

Ada juga netizen yang bersetuju dengan tindak balas anggota Polis berkenaan terhadap orang awam itu.



“Terbaik PDRM…lawan jgan tak lawan…makin berlembut makin jadi dia org ni ..da cakap jgan keluar nak juga keluar….” – Kata Marlina Ina

“Terbaik PDRM lain kali jgn tengking2 buat sakit tekak je…lain kali pangggg je PDRM org Mcm ni..bila berlembut depa lemak..haa kn tengking tau pula diam..lain kali lempang je yea bangg..biar mereka ada rasa hormat dgn tugas org” – Kata Jatt Muda Rozaimi

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >> 



(Visited 238 times, 1 visits today)