TEMUDUGA TERBUKA, KONSTABEL LELAKI – ZON SABAH (2015)

Calon-calon yang TELAH MENDAFTAR melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh menghadirkan diri ke lokasi dan tarikh yang ditetapkan bagi menjalani UJIAN FIZIKAL dengan – Berpakaian Sukan (Seluar Panjang Sukan, TShirt Berkolar dan kasut sukan)

Kesemua calon juga dikehendaki membawa DOKUMEN ASAL dan peralatan berikut semasa menjalani ujian –

1. Kad Pengenalan Asal dan 1 Salinan
2. Sijil Kelahiran Asal dan 1 Salinan
3. Sijil SPM asal dan 1 salinan (Slip tidak diterima)
4. Sijil berhenti sekolah dan 1 salinan
5. Surat atau lain-lain sijil penghargaan dan 1 salinan
6. 1 Salinan Kad pengenalan Bapa, 1 Salinan Sijil Kelahiran Bapa atau Sijil Kematian Bapa
7. 1 Salinan Kad pengenalan Ibu, 1 Salinan sijil kelahiran ibu atau Sijil kematian ibu
8. 1 Keping gambar terkini berukuran pasport
9. Pen ball-point (Dakwat hitam), Liquid paper serta gam
10. Seluar Pendek bagi pemeriksaan Fizikal

– Calon yang hadir WAJIB membawa segala DOKUMEN ASAL dan keperluan di atas dan berada di lokasi Ujian Fizikal pada jam 7:15 pagi

TARIKH DAN LOKASI UJIAN FIZIKAL PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL

ZON 1 – SABAH (A)
TARIKH: 5 HINGGA 18 NOVEMBER 2015

(TERMASUK SABTU DAN AHAD, KECUALI JUMAAT DAN CUTI UMUM)TEMPAT: IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) SABAH

ZON 2 – SABAH (B)
TARIKH: 5 HINGGA 18 NOVEMBER 2015
(TERMASUK SABTU DAN AHAD, KECUALI JUMAAT DAN CUTI UMUM)
TEMPAT: IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TAWAU

NOTA:

SILA CETAK SALINAN SLIP PENDAFTARAN SPA

– Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

– Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

– Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA di www.spa.gov.my

(Visited 81 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *