Temu Duga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) – 11 Februari 2019

Sukacita dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Eksesais Temuduga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermula 11 Februari 2019 di seluruh Malaysia untuk calon-calon bagi jawatan berikut :
1. Inspektor2. Konstabel YA1 (Lelaki & Wanita)
3. Konstabel Sokongan YT1 (Lelaki)
Eksesais Temuduga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini akan diadakan mengikut lokasi dan masa seperti mana yang tertera di dalam surat panggilan masing-masing.
Semakan status panggilan untuk menghadiri Eksesais Temuduga Polis ini boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRMdi https://sso.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspxdengan memasukkan no kad pengenalan pada ruangan yang telah disediakan.

Semakan status panggilan temu duga PDRM ini boleh dibuat bermula jam 5.00 petang, 23 Januari 2019.
Tarikh eksasais temuduga  : 11 Februari 2019 (rujuk surat panggilan)
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Untuk info lanjut dan cara untuk mendapatkan status di Sistem Semakan Online (SSO) PDRM, sila lihat info di bawah atau klik pautan yang disediakan di bawah.

Tarikh dan lokasi Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan PDRM 2019

Tarikh dan lokasi untuk Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Lelaki dan Wanita dan Konstabel Sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2019 akan dinyatakan di dalam surat panggilan temu duga PDRM masing-masing.
Tarikh Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Lelaki dan Wanita dan Konstabel Sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini akan bermula 11 Februari 2019
Kredit ejawatan.net

Leave a Reply

Your email address will not be published.