TEMBAK SASPEK DIPERUT, KENAPA KECAM PDRM ?

VIRAL! Video situasi cemas dua anggota Polis berdepan dengan saspek yang mengamuk di Bank berhampiran sebelum dia di tembak kerana cuba menyerang polis dengan pisau.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menjadi viral di sejak tengah hari tadi mendapat 2000 Share, 1600 comment dan 1000 Likes di laman Facebook Puteri Viral mendapat perhatian netizen.

Babak cemas terlihat salah seorang anggota Polis melarikan diri daripada saspek mengundang kecaman netizen apabila mereka menyifatkan Polis tidak patut takut pada penjenayah.



“Apa punya polis daa?Boleh dia lari kena kejar dgn org awam?? MASUK POLIS PAKAI KABEL KE??” – Kata Nizam Samson

“Mereka tidak d ajar seni mempertahankan diri ke. Tempur tanpa senjata. Dh berbelas tahun tengok citer Gerak Khas. Ini yg aku dapat bila real life…” – Kata All Qiesah

Dalam masa yang sama ramai juga netizen yang mempertahankan tindakan anggota Polis melepaskan tembakan sehingga saspek rebah di tempat kejadian.



“Itulah kerja polis…klau x bunuh penjenayah,penjenayah yg bunuh dia.betapa susahnya jd polis..nyawa jd taruhan demi sesuap nasi?” – Kata Bashir Isirani

“Yg duk komen pasal S.O.P la bagai baik duk diam.. terang2 dia p serang polis. Xkan polis tu nk rilek sap kok plak.. memang patut kena tembak pun.. kalu tak tembak nanti duk ckp polis x pandai guna pistol la.. semua org tau nk kecam ja..” – Kata Mohd Faizal

“Tolong jgn pertikai kerja polis tu… tenyata diri die juge dlm bahaya tadi…. syabas PDRM” – Kata Wan Rizma



(Visited 86 times, 1 visits today)