SUV bersama mayat dinaikkan dari dasar laut

GEORGETOWN: Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, kenderaan utitiliti sukan (SUV), Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, petang ini.

SUV terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa, Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.

Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada percubaan kali kedua selepas percubaan kali pertama jam 5 petang gagal akibat tali tercabut dari cangkuk.
Bagaimanapun, usaha gigih pasukan penyelam yang menyambung kembali tali kira-kira 30 minit kemudian membolehkan ia ditarik kren.
Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat SUV itu berjaya dinaikkan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

– BERITA HARIAN –

Leave a Reply

Your email address will not be published.