Ekoran dari kes serangan yang mengakibatkan kematian pada seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Thailand Malaysia tempoh hari, PDRM telah mengambil beberapa langkah drastik.
Elemen dari Tiger Platun PGA, Komando (VAT 69), Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) , Team Task Force Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah digerakkan bagi memperkukuhkan kedudukan keselamatan di sempadan dan mematahkan keseluruhan rangkaian penyeludupan.
Tapi kenapa nak hebohkan perkara ini di media sosial dan media arus perdana? Tidakkah ia seolah memberi maklumat pergerakan kepada musuh dan mengganggu perjalanan operasi?
Inilah pentingnya elemen perang saraf (psywar) dalam PDRM. Iaitu sebagai “show of the force”. Selain menonjolkan kekuatan untuk menarik perhatian awam di lokasi hotspot dan mendatangkan kegerunan pada musuh ia juga bertujuan sebagai elemen cegah dan rintang.
Pasukan ronda jalan kaki, ronda bermotosikal, ronda berkuda dan pasukan kenderaan Pengangkut Perisai (APC) dari Skuadorn Perisai juga turut digerakkan dalam penugasan kawalan sempadan kali ini. Selamat berjuang pada seluruh perwira negara. Kali ini kita gempur habis-habisan!!
Penulisan – Mohd Hairol