SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN UCAPAN HINA BUGIS

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius,murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Himpunan Sayang Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur,Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci,menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Kenyataan dikeluarkan oleh Istana Alam Shah Klang pada 2 November 2017 melalui Hanafisah binti Jais,S.M.S,A.I.S, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor. Kenyataan penuh seperti surat di bawah.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab seeloknya kita elak daripada mengeluarkan perkataan atau apa-apa ucapan yang boleh menyinggung dan membangkitkan kemarahan orang lain. Ini untuk memastikan negara kita terus aman makmur. Pesanan untuk semua dan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.