Subang Jaya aman, tiada serangan: Polis

PDRM

SUBANG JAYA – Polis menafikan penularan dalam media sosial bahawa berhubung kenyataan yang mencetuskan keharmonian masyarakat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata,
terdapat sebaran mengatakan pihak Bukit Aman mengarahkan orang ramai keluar dari rumah selepas jam 9 malam sehingga hari jumaat.

Menurutnya, dakwaan itu mengatakan akan ada serangan yang akan berlaku di USJ dan Subang.
“Adalah ditegaskan keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal.

“Netizen diminta berhenti daripada menular berkaitan perkara yang tidak benar di dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan berita provokatif palsu yang memanipulasikan isu pemindahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya telah mengesan penularan berita-berita palsu dalam pelbagai bentuk dan platform.

“Berita palsu itu bukan sahaja membangkitkan kegusaran tahap melampau berhubung situasi keselamatan dalam negara malah mengguris sentimen perkauman masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

– SINAR HARIAN – 

Leave a Reply

Your email address will not be published.