STING PDRM – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik

Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) / Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)
Tarikh pelancaran: 30 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 200 petugas (61 pegawai, 138 anggota berpangkat rendah dan seorang penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah di Malaysia.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
– Mengesan sindiket dadah luar negara yang beroperasi di negara ini, pengedaran dadah oleh sindiket antarabangsa, aktiviti sindiket dadah yang terlibat dengan kongsi gelap dan mengesan makmal dadah.
– Menyekat kemasukan dadah di lapangan terbang, laluan darat dan laut.
– Mengenal pasti ‘kawasan hitam’ pengedaran dadah termasuk melibatkan kongsi gelap untuk ‘diputihkan’.
– Mengambil tindakan ke atas pengedar dadah dan kongsi gelap mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK).

Leave a Reply

Your email address will not be published.