STAFFOC serbu sindiket pemerdagangan bayi di Rawang

KUALA LUMPUR: Satu sindiket pemerdagangan bayi tumpas dalam satu serbuan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) dan Bahagian Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman di Rawang, petang tadi.

Kejayaan itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, jam 11 malam tadi.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pihaknya berjaya menahan tiga individu, dipercayai ahli sindiket dan menyelamatkan tiga wanita mengandung serta seorang bayi.

“Syabas STAFFOC @PDRMsia b’jaya selamatkan 3 wanita mengandung, 1 bayi dan tumpas kumpulan pemerdagangan bayi di Rawang. T’kap 3 org. Go PDRM Go,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.