Hotel Buat Laporan Polis Dikaitkan Tuduhan Palsu ke Atas Speaker DUN Melaka

KUALA LUMPUR – Sebuah Hotel di Melaka menbuat laporan polis kerana dikaitkan dengan dakwaan palsu ke atas Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Laporan polis bertarikh 18 Oktober, menafikan kejadian yang dikaitkan dengan Abdul Rauf.



Laporan penafian itu dilakukan oleh salah seorang kakitangan hotel berkenaan dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghentikan penyebaran fitnah tular berkenaan.

Sebelum ini tular di media sosial kononnya Ab Rauf cuba mencabul dan merogol salah seorang kakitangan wanita mengiringinya ke bilik.

Sebaran yang dibuat mendakwa hotel, mempunyai rakaman kejadian melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).



Penyebar dakwaan itu juga menyatakan pihak pengurusan hotel menemui Ab Rauf untuk mendapatkan kesahihan.

Beliau didakwa mengaku melakukan perbuatan sumbang berkenaan dan meminta maaf kepada mangsa.

Selain itu, dikatakan beliau meminta agar kes ini diselesaikan secara rundingan dengan cara membayar wang saguhati kepada mangsa.

Bagaimapun pihak pengurusan hotel menafikan sebarang insiden mahupun mempunyai rakaman CCTV mengenai perkara tersebut

– SUARA TV –