Sepucuk pistol, enam peluru hidup ditemui dalam operasi bersepadu



LABUAN, 24 Dis (Bernama) — Sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson.38 Special 4” dengan enam peluru hidup ditemukan di dalam sebuah rumah di petempatan rakyat Filipina di Kampung Baru Sebor dalam operasi bersepadu di sini minggu lepas.

Senjata lain termasuk parang dan kapak turut dirampas dalam operasi dua hari bermula Sabtu lalu bertujuan mencegah jenayah di Labuan dan Sabah.


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata polis masih memburu pemilik pistol itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 serta Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.