SEORANG LAGI ANGGOTA POLIS MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK,NETIZEN MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT

Pagi ini 3 May 2020 kita digemparkan dengan satu lagi berita kematian seorang anggota Polis ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Lekas, Kajang.

Menurut sumber mangsa maut ditempat kejadian selepas cedera parah dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.



Berdasarkan posting Facebook Friends Of PDRM mangsa berpangkat Kopetal bernama Safwan Bin Muhammad Ismail berusia 31 tahun dan berasal daripada Ipoh Perak.

Kemalangan maut ini sekali lagi mengundang pelbagai reaksi netizen yang majoritinya bersedih dengan apa yang berlaku.

Ada juga netizen yang menyifatkan kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk tidak seharusnya berlaku lebih lebih lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.



“Tak puas hati btul aku.. Anggota keselamatan meninggal sebab pemandu mabuk..btul2 x puas hati.. Time pkp ni boleh lg mabuk..x berbaloi lansung hukuman pada si pemabuk…sblom ni langgar family bomba… Sampai bila undang2 malaysia ni nk berlembut dgn pemabuk??!!!!!” Kata Farra Way di ruang comment posting Facebook Friends Of PDRM

“Pergi lg seorg perwira negara.sedih sgt.berilah hukuman yg setimpal kpd pesalah tu.nyawa perwira negara tu.semoga arwah ditempatkan bersma org2 yg beriman” Komen Siti Khadijah

“Alfatihah….mohon hukuman yg setimpal atas pemandu mabuk yg menyebabkn kematian..” – Komen Nurul Adila

“Al fatihah..
Sy mohon pdrm pertimbangkan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yg menyebabkan kematian…” – Komen Shamiera Movistar



(Visited 153 times, 1 visits today)