Sel baharu kumpulan Daesh lumpuh, 4 ditahan

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf

“Kita berjaya menahan suspek pertama yang juga anggota sel kumpulan pengganas Daesh di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Januari lalu bersama seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang telah direkrut pada awal Januari lalu menerusi media sosial. Kedua-dua mereka dipercayai cuba menyusup ma­suk ke Selatan Filipina.

“Suspek yang berbaiah de­ngan Mahmud, telah diarah untuk merekrut dan mengatur penyusupan masuk anggota-anggota baharu dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya ke Selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu di Marawi City, Mindanao,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khalid, susulan tang­kapan pasangan berkenaan, pihaknya menahan dua lagi suspek warga Bangladesh yang berusia 27 dan 28 tahun.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di sekitar ibu negara pada 19 Januari lalu selepas direkrut suspek pertama selain dipercayai mempunyai hubu­ngan dengan kumpulan pengganas Daesh di negara asal.

Beliau memberitahu, hasil soal siasat mendedahkan bahawa sel yang diketuai oleh Mahmud telah bergabung dengan kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) pimpinan Isnilon yang te­lah berbaiah dengan Pemimpin Daesh, Abu Bakar Al Baghdadi.

Difahamkan, selain Mahmud, dua lagi rakyat Malaysia iaitu anggota Darul Islam Sabah, Amin Bacho dan Joraimee Awang turut menyertai sel itu yang kini beroperasi di Marawi City.

Tambahnya, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki me­lakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan de­ngan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

– UTUSAN –

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.