SEKARANG NI POLIS NAK BUAT ITU TAK BOLEH, NAK BUAT INI TAK BOLEH!

Image may contain: 1 person, text and closeup

” Sekarang polis pun orang tak hormat lagi dah. Nak ambil tindakan pun takut. Nak bercakap pun takut, eh apa cerita?

Kita kena bagi kuasa pada kita punya penguatkuasa untuk mencegah perkara buruk daripada berlaku. Banyak orang polis nak lari dari kerja polis, nak pencen awal, ini kerana ada kongkongan.

” Nak buat itu tak boleh, nak buat ini salah. Itu satu dari faktor. Kalau you nak suruh dia jadi polis kemudian dia tak boleh buat itu ini, semuanya salah, jadi buat apa dia jadi polis. Padahal dia nak menguatkuasakan undang-undang. 

” Pegawai dan anggota polis perlu ada sokongan bukan saja daripada ketua-ketua di atas tetapi daripada orang ramai juga. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini orang menghina polis pun banyak.


Bila mereka nak ambil tidakan, mereka dimaki, jadi kita ada masyarakat apa ni? Masyarakat kita yang tak ada budi bahasa. Masyarakat kita yang kurang ajar. Tidak menghormati pihak berkuasa. Kita nak masyarakat yang sebegitu ke?

” Kalau kita nak masyarakat seperti itu, tak perlu ada undang-undanglah. Kalau kita tarik semua daripada mereka, kuasa pun tak ada, apa pun tak ada, macam mana mereka nak jalankan kerja?


” Sekarang ini saya tengok lain sikit. Orang menghina Raja pun tak kena tangkap. Orang yang menghasut orang lain pun kita diam je, tak ada tangkapan. Jadi ini yang merunsingkan saya.

Ini menggalakkan orang makin ‘berani’, bila dia makin berani satu hari nanti dia tidak akan terkawal. Kita kena kawal dari awal. Kalau kita buat diam, bersikap tidak apa, kita akan jadi susah! ” – TAN SRI MUSA HASSAN (MalaysiaGazette)

Leave a Reply

Your email address will not be published.