Hanya tinggal kenangan…In memory Old Wallace Bay Police Station 1953-2000…
*Sejarah Penubuhan Balai Polis Wallace Bay*
->Nama Wallace Bay diambil dari nama seorang saudagar berbangsa Inggeris dari England yang bernama Wallace yang datang ke Pulau Sebatik pada tahun 1953 untuk berniaga.
Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang di daftarkan atas nama North Borneo Timber Limited.Pembukaan syarikat tersebut juga telah membuka peluang pekerjaan disamping membantu menjana ekonomi penduduk setempat.
Hal ini juga secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya pertambahan populasi penduduk setempat. Melihat kepada perkembangan itu, pihak North Borneo Timber telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah balai Polis di atas sebuah Rumah Panjang di tepi laut bagi memelihara dan menjaga keaman di sekitar kawasan setempat.
Maka dalam tahun 1953 wujudlah sebuah Balai Polis yang diberi nama Balai Polis Wallace Bay dan padaTahun 2000 telah berpindah ke lokasi baru dengan balai serta fasiliti baru.
Lokasi Kampung Wallace Bay
Kiriman – Muhammad Muzhafar Rasid