SEDIH.. CERITA DARI RAKAN ALLAHYARHAM MEJAR MOHD ZAHIR [VIDEO]

Perkongsian dari Skuad Arwah Mejar Mohd Zahir bin Armaya
👇

“Izinkan aku kongsi cerita aku dengan Arwah tadi dan apa yg aku tgk dah terbukti kebesaran Allah utk Arwah.

Aku ada dengan arwah sebelah dia masa kejadian. Tangan dia ketar2 tahan sakit. Tu la KOMANDO, sikit pun tak tekeluar perkataan aduh sakit dari mulut Arwah.

Masa tengah sibuk, org Sg bagi first aid dkt arwah aku dan bisik dkt telinga Arwah, sebilang masa arwah sebut Allahuakhbar. Sampai la Arwah naik ambulans.

Aku pi tgk dkt Hospital masa Arwah dah tak dak sbb ikut PTD jadi boleh masuk sampai ke dalam. Apa yang aku tgk subhanallah.



Muka senyum, jernih, ada peluh-peluh sikit, muka terletak elok, ada air bertakung dalam mata. Aku Igt balik itu la tanda org yang mati Syahid. In Sha Allah.

Aku pegang kaki arwah, aku cium tangan dia, aku cakap Skot masa hang dah habis, masa aku tak tau bila. Terima kasih belanja aku teh tarik semalam. Aku menangis tak berhenti.

Sbb tu aku rasa kita kena berhenti buat spekulasi, sbb bukti yang arwah org baik dah Allah tunjuk.
Kesilapan ka apa ka bukan kerja kita nak tentukan. Semua kerja Allah.

In Sha Allah memang pemergian arwah menyedihkan Tapi cara Allah sambut arwah aku dah nampak. Jadi skot2 Jom kita doa pada Arwah dan keluarga semoga dirahmati Allah sentiasa.”

#MAPTD #PrayForMejZahir #Komando #TJP68

Alfatihah…

اِنّا لِلهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber Rejimen Gerak Khas

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>