SEBAT REMAJA:TINDAKAN TERHADAP POLIS AKAN LEMAHKAN SEMANGAT YANG LAIN

Tempoh hari Viral satu Video seorang pegawai Polis merotan lima remaja dipercayai di Kunak Sabah.

Video berdurasi 26 saat itu menjadi viral di media sosial seperti Facebook, Youtube dan WhatsApp menjadi perhatian media utama hingga ia dilaporkan dalam Buletin Utama Tv 3.

Susulan daripada itu Berita Harian melaporkan Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pegawainya yang dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dari sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dari segi moral, itu adalah umpama seorang yang lebih tua memberi pengajaran kepada orang muda yang ingkar arahan.

Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.

Kejadian itu berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan remaja yang sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita.



Kenyataan pesuruhjaya Polis Sabah itu mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang mana menyifatkan tindakan pegawai itu adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang ingkar arahan pihak berkuasa.

“Apa lah, Polis tegas sikit kena tindakan disiplin la apa lah, elok lah diajar budak-budak muda tu, bukannya nak bunuh dia pun,bila kena tindakan macam ni aku rasa akan buatkan anggota Polis lain jadi hilang semangat nak buat kerja” – Kata Izuan Isha seorang pekerja swasta.

“Aku tak kisah pun Polis rotan macam tu, dulu aku kena lagi teruk sebab lari roadblock, yang pelik pergi rakam dan sebar tu buat apa, kan dah menyusahkan” – Kata Fareed Abdullah

Isu ini turut mendapat perhatian Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan Tindakan anggota polis menyebat remaja kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan untuk mencederakan, sebaliknya sekadar peringatan tegas kepada individu terbabit untuk tidak ingkar arahan pihak berkuasa.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata tindakan itu adalah wajar ketika negara berhadapan situasi getir dengan penularan COVID-19.



“Kerajaan sudah beri amaran akan mengambil tindakan tegas. Rakyat perlu akur dengan sebarang keputusan diambil pihak berkuasa.

“Tindakan sebat juga boleh dikenakan terhadap individu terutama remaja yang masih degil.

“Polis bukan rotan kuat pun, bukan macam rotan dalam penjara,” katanya pada Berita Harian, hari ini.

“Lebih baik kita memberi peringatan tegas daripada tangkap mereka. Kalau boleh kita mahu elakkan remaja ini menyusahkan ibu bapa mereka.

“Nanti penjaga pula perlu pergi balai polis seterusnya naik turun mahkamah untuk menyelesaikan permasalahan timbul,” katanya.

Mengulas pandangan segelintir individu yang tidak bersetuju tindakan sebat itu, Musa berkata mereka perlu mendalami maksud ungkapan ‘biar menangis sekarang daripada menangis di kemudian hari’.

VIDEO TAN SRI MUSA HASSAN DI BAWAH >>>



(Visited 286 times, 1 visits today)