Saya minta maaf, saya cuma membantu – Ustaz Ebit

KUALA LUMPUR – Ustaz Ebit Lew memohon maaf selepas bertindak membawa balik penuntut-penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tanpa kebenaran universiti berkenaan.

Dalam kenyataannya, Ustaz Ebit berkata, beliau cuma membantu pelajar menyediakan bas awam secara percuma untuk membawa mereka balik ke kampung.



”Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice canselor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga.

”Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat,” kata beliau.



Disebabkan isu itu, beliau terpaksa menangguhkan 20 bas lagi untuk membawa membawa penuntut-penuntut dari institut pengajian tinggi awam balik ke destinasi masing-masing.

Ustaz Ebit menjelaskan, beliau berbuat demikian selepas mendengar keluhan oleh penuntut-penuntut IPTA. – MalaysiaGazette