SARANAN IKAT PERUT, ADA YANG TERPAKSA KOREK TABUNG

VIRAL! Saranan Perdana Menteri agar penjawat awam ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu menyebabkan ramai yang memberi respon tidak kurang juga yang ‘troll’

Dipetik daripada salah seorang pengguna Facebook, beliau menyambut baik saranan ikat perut, dan perlu berjimat cermat dengan jamah roti canai sahaja sabagai menu makan tengah hari.

“Singgah makan roti canai. Ye la, zaman ikat perut ni, nak bayar pun kena korek tabung..” Kata Netizen

Ada juga yang memuat naik gambar perut berikat dengan menyatakan itu adalah fesyen terkini ikat perut.



Ramai menyifatkan saranan itu amatlah tidak wajar datang daripada kerajaan yang dianggap penyelamat negara selepas mereka menjanjikan kehidupan lebih baik untuk rakyat Malaysia selepas PRU14.

BERITA BERKAITAN >>> Penjawat awam diminta ‘ikat perut’ – Tun M



(Visited 356 times, 1 visits today)