Minggu lepas Datuk Siti Zauyah, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) cakap yang #1MDB ni tak berurusan melalui department dia, tetapi terus kepada DS Najib.
Sedangkan, semua tahu 1MDB adalah anak syarikat MKD dan mereka bertanggungjawab terhadap perjalanan 1MDB. Hari ini, Datuk Zauyah cuba menafikan kenyataan bertulis dia sendiri apabila disoal TS Shafee.
Hujah TS Shafee, kenyataan bertulis Zauyah sangat memberi impak kepada DS Najib tapi jelas Zauyah macam tak paham kenyataannya sendiri. Jawapan semua meragukan.
Dalam kenyataan bertulisnya, Zauyah mengesahkan menerima M&A 1MDB dan membaca semuanya sebab dia menyebut secara spesifik tentang Artikel 117 untuk mengaitkan DS Najib dalam semua keputusan 1MDB.
Tetapi dalam masa sama, Zauyah menafikan pula menerima keseluruhan M&A tersebut bila TS Shafee membangkitkan tentang Artikel 6 1MDB. Kata Zauyah dia tak baca sebab dia tak dapat bahagian tersebut.
TS Shafee pun pelik dan mula persoal kejujuran Zauyah. Mula mula Zauyah kata dapat semua dan baca sampai boleh petik Artikel 117.
Tiba tiba pusing kata tak baca keseluruhan M&A sebab tak dapat semua bahagian, sedangkan M&A tersebut bukannya dihantar secara berasingan. Lepas kantoi, Zauyah cakap tak tahu.
Zauyah terus jawab “i don’t know” dan “no comment” berulang kali bila diasak oleh TS Shafee walaupun dokumen MOF yang asli diberi dan dibacakan kepadanya. Sampai dia jerit macam nak menangis,
“Wallahi.. i don’t know!”
TS Shafee terus cakap , “Datuk, don’t be more ridiculous. Jangan mislead court. Kalau Datuk pun tak tahu, macam mana DS Najib boleh tahu apa jadi pada 1MDB?”
Sesi bersambung petang ini.
Rf Lias
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur