SAJAK 13 MEI DALAM KENANGAN, NUKILAN PEJUANG TERDAHULU

13hb Mei 2019

Assalamualaikum
Skot 2/1978

Tanggal 13hb Mei tarikh keramat
Datang ia dengan penuh rahmat
Banyak kenangan dapat disemat
Kerana ia masih belum penamat

Kisah bermula 41 tahun lalu
Tahun 1978 sentiasa dlm kalbu
Sinar menjelma dlm diriku
Ianya bermula menjadi penentu



13hb Mei 1978 bermula cerita
Di PULAPOL Jln Gurney kami bermula
Bagi memulakan kisah suka duka
Serta penentu dihari muka

Pelatih konstabel jawatan diberi
Kerana ingin mengubah jati diri
Kepada ugama,bangsa dan nusa ingin berbakti
Kerana cintakan ibu pertiwi

Latihan dijalankan amatlah perit
Namun skot 2/78 sentiasa tabah
Jiwa pelatih tak pernah serik
Semangat pelatih tak pernah berubah

SLPPH Ulu Kinta pelatih diarah
Latihan Peperangan dihutan pelatih dikerah
Namun pelatih tak pernah menyerah
Walaupun keringat banyak dicurahkan



Setelah latihan selesai sudah
Jati diri pelatih mula berubah
Diterima dengan hati yang tabah
Dengan ilmu yg telah ditambah

Arahan penempatan dihebah sudah
Pelatih terima dengan hati yg gundah
Kerjaya nak dilalui bukannya mudah
Ranjau berliku perlu diredah

Briged Utara, Tenggara dan Tengah
Pelatih mula mengatur arah
Khidmat bakti mula dicurah
Tanpa mengira penat dan lelah

Ops Hentam Galas, Bamboo dan Tuah
Ops Ukur, Sedar malah ops Tayang
Banjaran didaki, belentara diredah
Ombak mengganas kami tak goyang



Skot 2/1978

Kini 41 tahun telah berlalu
Banyak ranjau yg kita lalu
Susah dan senang telah dituju
Bagi mencapai cita yang satu

Ramai sudah mengundur diri
Kerana bersara atau pilihan sendiri
Ramai sudah yg telah disemadi
Kerana telah kembali kepada Ilahi

Sahabat2 yang dikasihi

Apakah sahabat masih sihat ?
Apakah kudrat masih kuat ?
Apakah langkah masih boleh diatur ?
Apakah pandangan masih belum kabur ?
Apakah kunyah masih menghancur?
Apakah tutur bicara masih lancar ?

Atau kita diibarat Quran buruk?
Ada tetapi tidak dapat diguna.
Atau diibarat melukut ditepi gantang ?
Tanpanya tidak memberi kesan

Ya Allah Tuhan kami.



Ampunilah dosa2 kami
Dipanjangkan umur kami
Dimurahkan rezeki kami
Peliharalah kesihatan kami

Ampunilah dosa sahabat2 kami
Dipanjangkan umur sahabat kami
Dimurahkan rezeki sahabat kami
Peliharalah kesihatan sahabat kami

Ampunilah dosa2 kedua ibubapa kami
Ampunilah dosa2 sahabat kami
Ampunilah dosa ketua2 kami
Pada Mu kami pinta ya Allah

Tarikh 13 Mei sentiasa dihati
Semuga kekal hingga 1000 tahun lagi
Supaya kami sentiasa mengingati
Bukan 13hb Mei 2019 yang akhir kali

Aamiin

Nukilan
KAMIL HASHIM
SKUAD 2/78