Rayuan Tok Mat ditolak, PRK Rantau menyusul

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil DUN Rantau N27 akan diadakan selepas
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan, kemenangan Datuk Seri Mohamad
Hasan bagi kerusi DUN Rantau N27 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRK14)
adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan
yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum selepas
menolak rayuan yang dikemukakan Mohamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Korum itu menolak rayuan tersebut dengan kos sebanyak RM10,000 untuk
dibayar kedua-dua perayu kepada responden iaitu calon Rantau, Dr S. Streram

Korum itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David
Wong Dak Wah; dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alizatul Khair Osman
Khairruddin; Datuk Rohana Yusuf; dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Peguam Mohammed Haniff Khatri Abdulla berkata, mahkamah perlu menghantar
notis kepada SPR dalam tempoh 30 hari dan pilihan raya kecil akan
diadakan dalam tempoh 60 hari.

– SINAR HARIAN –

VIDEO KOLEKSI AYAT-AYAT TOK MAT HASSAN >>

Leave a Reply

Your email address will not be published.