RAKYAT MAHU BUKTI MEREKA TERIMA SUBSIDI

KE MANA RM77.3 BILION SUBSIDI DISALURKAN?

Okay, sebab ada yang tanya saya ke mana subsidi terbesar dalam sejarah negara ini disalurkan?

Sejauh mana manfaatnya terhadap rakyat?

Secara dasarnya, memberi peruntukan terhadap subsidi adalah perkara yang amat besar untuk dilakukan kerajaan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

Bukan Malaysia sahaja terkesan dengan inflasi ini, malah jiran kita di Indonesia turut mengalaminya.

Mana-mana negara pun semuanya sedang terkesan dengan peningkatan inflasi.

Lebih memburukkan keadaan, satu dunia sedang mengalami stagflasi iaitu inflasi tinggi dan pertumbuhan lembap.

Nak tak nak kerajaan perlu buat keputusan berani dan cekap iaitu tingkatkan subsidi. Kalau tak buat, rakyat akan marah bila berlakunya kenaikan harga makanan dan bahan api.

Subsidi berjumlah RM77.3 bilion ini meliputi:

1. RM37.3 bilion untuk petroleum, LPG & diesel.
2. RM4 bilion untuk minyak masak paket.
3. RM600 juta untuk minyak masak botol.
4. RM6.5 bilion untuk kekalkan tarif elektrik.
5. RM900 juta untuk harga ayam dan telur.
6. RM1.2 bilion untuk bantuan tunai makanan asas.
7. RM11.7 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia dan bantuan tunai lain.
8. RM2 bilion untuk bantuan pertanian.
9. RM13.1 bilion bagi lain-lain subsidi.

Jadi kita tidak perlu panik dan risau dengan kenaikan harga barangan, ayam, minyak masak, petrol dan tarif elektrik kerana subsidi ini bertujuan menampung kos sara hidup rakyat.

Kita masih dapat berbelanja seperti biasa dan adalah lebih baik jika kita berjimat cermat.

Peningkatan kos sara hidup rakyat telah ditanggung kerajaan. Manfaatnya, ia memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah.

Walaupun perbelanjaannya tinggi, kerajaan tetap komited demi Keluarga Malaysia.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

(Visited 131 times, 1 visits today)