PUTERI UMNO ‘RAMPAS’ MIKROFON OKU CARI REZEKI DI PASAR MALAM RANTAU ??? [VIDEO]

Semalam satu video berdurasi 1 minit menjadi Viral di media sosial seperti Facebook dan Instagram, di dalam video berkenaan menunjukkan seorang gadis Sabah bernama Nurul Fadzilah Nordin menyanyikan lagu bertajuk “Semakin Hari Semakin Sayang” nyanyian Uji Rashid di Pasar Malam Rantau.

Menurut Ketua Penerangan Puteri UMNO Kota Belud itu, ia berlaku secara spontan apabila beliau nampak seorang OKU mencari rezeki dengan cara menghiburkan pengunjung pasar malam di situ.

“Selain datang untuk membantu kempen Tok Mat, saya cuba bantu pakcik Nor mencari rezeki dengan menyanyi untuk tarik orang ramai,” katanya.



Video Viral itu mendapat pujian ramai netizen apabila menyifatkan itu adalah satu khidmat bakti yang baik, dan ia patut dicontohi.

“Macam ni lah yang kita nak, berkempen secara baik, dalam masa yang sama bantu pula mereka yang memerlukan” – Kata Aira Rembau

“Jentera BN baik-baik semuanya, bukan macam PH, tahu nak buat provokasi, perangai masih tak ubah masa pembangkang dulu” – Kata Izuan Viva


Tindakan beliau turut mendapat perhatian dan pujian daripada Ketua Puteri UMNO Malaysia Dato’ Zahida Zarik Khan.

“Dalam sibuk berkempen di Pasar Malam Rantau petang tadi, sempat gunakan bakat yang ada untuk bantu OKU..Tahniah Nurul Fadzilah Nordin Ketua Penerangan Puteri Umno Kota Belud.. ???” – Kata Zahida melalui posting Facebook

VIDEO DI BAWAH >>>