Prototaip Kereta Terbang Telah Siap – Akan Diperkenalkan Tahun Ini. Anda Dah Ready ?

Ingat tak masa zaman sekolah rendah dulu? Kalau cikgu bagi kita kertas lukis dan minta kita lukis tentang masa depan, dah tentu kita akan membayangkan negara kita akan ada kereta terbang menjelang tahun 2020..

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Kereta terbang yang sering menjadi cita-cita Malaysia nampaknya bakal termakbul yang akan dipacu dengan teknologi tempatan.

Beliau juga menyatakan bahawa prototaipnya telah pun siap dan akan dipertontonkan kepada umum pada tahun ini.

“Tahun ini adalah sasaran yang realistk kerana kita sudah ada teknologinya. Semua ini tentang kecepatan pelaksanaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Pertumbuhan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kereta itu adalah selamat dan berupaya terbang pada altitud rendah dan pada kelajuan munasabah.

“Pelaburan untuk membina prototaip lebih sedikit daripada RM1 juta,” katanya.